Categories
NASIONAL

Harga minyak dunia turun mendadak tapi Malaysia?

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 DIS: Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong mempertikaikan penurunan harga minyak di Malaysia yang terlalu rendah walaupun harga minyak dunia turun mendadak.

Beliau berkata, pelbagai pihak terutama orang awam dan organisasi pengguna turut mempersoalkan perbezaan ketara berhubung pergerakan harga minyak di Malaysia yang tidak seiring dengan harga minyak dunia.

“Harga diesel turun tetapi mengapa kita naik walaupun sekarang tiada subsidi. Penurunan minyak di dunia amat mendadak tetapi penurunan petrol sedikit sahaja.

ron95“Kita minta penjelasan daripada kerajaan pusat dan berharap harga ini bukan sekali sebulan baru diperbaiki tetapi perlu ada pemantauan harian atau mingguan,” katanya ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Manakala, harga runcit bagi diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Sebelum ini, harga runcit RON97 adalah RM2.55 seliter, RON95 (RM2.30/liter) dan diesel (RM2.20/liter).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.