Categories
SELANGOR

Juara Power Boat terpantas terjun tasik rai kemenangan

Oleh: Naeem Raffi

PETALING JAYA, 15 DIS: Seakan menjadi satu tradisi, pemilik Power Boat terpantas untuk terjun ke tasik setelah jenteranya menjuarai pertandingan.

Itu yang dilakukan secara sukarela oleh Rosnan Hassan peserta dari Pulau Pinang apabila muncul juara kategori ‘Best of the Best’ dalam Kejohanan Perlumbaan Power Boat PJRC 2014 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Taman Tasik Kelana Jaya, semalam.

terjunAcara kemuncak dalam siri pertandingan PJRC itu, menyaksikan tuah pada saat akhir membantu Rosnan muncul juara apabila bot RC peserta pendahulu mengalami kerosakan ketika saingan berbaki dua pusingan akhir.

Pecutan konsisten tanpa masalah teknikal serius, menyaksikan Rosnan mampu mengendalikan jentera dengan kelajuan mencecah 140 kilometer sejam dengan stabil sekaligus menamatkan 14 pusingan dengan penuh bergaya.

Penganjuran Kejohanan Perlumbaan Power Boat PJRC 2014 kali kelima itu disertai 121 peserta dari serata negeri dan beberapa negara jiran Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Disember lepas itu turut mempertandingan tujuh kategori yang lain.

PJRC 2Deruman enjin persis perlumbaan di litar berturap, pecutan bot RC di tengah tasik yang memperlihatkan aksi ekstrem maksimum dengan kemampuan bot mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi tanpa terbalik, menjanjikan pengalaman menarik kepada pengunjung dan peminat sukan ini.

Penganjurannya juga bermatlamat memartabatkan sukan ekstrem tersebut sebaris dengan sukan lain di negara ini selain mempromosikannya sebagai produk baru dalam agenda pelancongan negeri.

Program turut diisi dengan pameran bot RC oleh peserta kejohanan buat pengunjung dan pameran peralatan bot RC oleh penaja kejohanan.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.