Categories
NASIONAL

Kerajaan patut bertindak elak nilai Ringgit terus menjunam

SHAH ALAM 4 DIS: Kerajaan Pusat patut bertindak segera bagi memastikan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) dipertahankan, selain mengawal perbelanjaan dan hutang negara agar tidak terus culas dan membarah.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sebagai negara tunggal dalam mengeksport minyak di seluruh Asia Tenggara, sentimen dan persepsi terhadap Malaysia akan jatuh, ditambah dengan hutang negara yang semakin membengkak.

wangbaruKatanya, kejatuhan harga minyak mentah dunia turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, selain faktor sentimen dan persepsi di kalangan pelabur.

“Apabila harga minyak mentah menjunam, hasil negara akan berkurangan selain hutang kerajaan yang bertambah.

“Maka ia akan menyebabkan persepsi dan sentimen terhadap negara jatuh apabila mereka mula menolak untuk berurusniaga dalam nilai ringgit,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

Begitu juga penggantungan nilai mata wang itu, katanya berdasarkan konsep permintaan dan penawaran yang jelas akan terjejas apabila tiada pihak yang mahu berurusniaga dengan Malaysia.

Katanya, sekiranya permintaan terhadap Ringgit Malaysia tinggi, maka nilai mata tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata biarpun harga minyak mentah dunia terus menjunam, ia bukan petanda baik bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak di Asia Tenggara.

Malah, kejatuhan harga minyak mentah dunia itu menyebabkan negara berisiko untuk kehilangan hasil negara, yang kini sudah mencecah RM25 bilion.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.