Categories
SELANGOR

MB: Isu gelaran Datuk Seri, “Saya baru 2 bulan”

Oleh : NAEEM RAFFI

KLANG, 11 DIS : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata tempoh perkhidmatan yang baru genap 80 hari sebagai terlalu awal dikurniakan pangkat darjah kebesaran.

Katanya, perkara itu tidak menjadi masalah bagi dirinya untuk terus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

MB in“Saya baru dua bulan,” jelasnya ketika ditanya pemberita berkenaan isu penganugerahan Darjah Kebesaran daripada DYMM Sultan Selangor yang membawa pangkat Datuk Seri.

Katanya, fokus beliau sekarang adalah menumpukan seluruh masa bekerja dan memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

“Dalam tempoh dua bulan ini, saya lihat ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Mohamed Azmin sebelum ini enggan memberikan sebarang komen mengenai isu itu malah tidak mahu mengulas lanjut tentang pelucutan gelaran ‘Datuk Seri’ terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ianya menyebabkan bekas timbalan Presiden PKR yang juga ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali dalam Twitter menegur Mohamed Azmin kerana mengambil sikap berdiam diri.

Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.