Categories
SELANGOR

MB: Datuk Dr Yunus & Datuk Iskandar banyak sumbangan kepada rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

KLANG, 11 DIS : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada dua Exco Selangor yang dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.), hari ini.

Mohamed Azmin percaya pemilihan dibuat atas jasa dan khidmat yang diberikan kepada negeri dan rakyat Selangor.

Datuk“Mereka sewajarnya diberi penghormatan dan penghargaan kerana kedua-dua tokoh ini telah banyak menyumbang khidmat kepada rakyat Selangor, tahniah kepada mereka,” ucapnya ringkas ketika ditemui pemberita di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Dua Exco Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Dua exco itu adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Exco Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.