Categories
SELANGOR

MB: Penjawat awam perlu hemah berbelanja, cabaran hadapi ekonomi gentir

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 19 DIS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, menuntut pembabitan penuh penjawat awam Selangor mengamalkan budaya berhemah dalam berbelanja sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi getir.

Gesaan itu dibuat merujuk kepada beberapa petunjuk ekonomi termasuk laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menganjurkan ekonomi dunia tumbuh pada kadar 3.8 peratus sahaja, pada 2015.

Katanya, belanjawan 2015 akan lebih mencabar untuk direalisasikan dalam suasana ekonomi seperti itu jika amalan berhemah dalam berbelanja tidak dapat dipraktikkan.

Perhimpunan bulanan Kerajaan ogos 2014 MB (9) (1)“Jangan padang mudah pada ekonomi 2015, kita perlu bersedia hadapinya dan sebab itu saya minta kita amalkan budaya berjimat.

“Kerajaan Negeri sudah tunjuk teladan dengan memotong elaun Menteri Besar dan Exco. Saya juga menolak untuk terima sebarang cenderamata ketika turun padang, yang mana itu semua adalah mesej menuntut kita semua berjimat.

“Ini termasuk jamuan makan, kurangkan menu. Kalau jamuan minum petang cukup sekadar dua jenis kuih,” katanya ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Daerah Kuala Selangor, di sini, hari ini.

azminHadir sama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Kushrin Munawi, Barisan Exco Selangor dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abd Rahman.

Sebelum ini, pakar ekonomi negara meramalkan suasana ekonomi negara akan jauh lebih rendah daripada ramalan ekonomi global yang diunjurkan IMF.

“Kita juga menyaksikan Jepun mencatatkan kemelesetan mulai suku ketiga tahun ini dengan KDNK negaranya menguncup pada kadar 1.6 peratus berbanding pertumbuhan disasarkan pada 2.2 peratus,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.