Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri kaji elaun lebih sesuai untuk ketua kampung

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 DIS: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan kenaikan elaun yang lebih sesuai dengan bidang tugas dan tanggungjawab ketua kampung bagi tahun 2016.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kenaikan RM100 untuk tahun 2015 yang diumumkan sebelum ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri di atas perkhidmatan ketua kampung.

kg 4Katanya, Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan saguhati berbentuk pampasan kepada ketua kampung yang menamatkan perkhidmatan, selain bantuan berbentuk kebajikan.

“Ada rayuan daripada ketua kampung jika perkhidmatan mereka ditamatkan, ada sedikit pampasan daripada Kerajaan Negeri berdasarkan khidmat yang diberikan.

“Saya terima dan kita kena teliti dengan implikasi kewangan, termasuk soal kebajikan ketua kampung,” katanya pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor yang berlangsung di Hotel De Palma, di sini, semalam.

Secara keseluruhan, Negeri Selangor mempunyai 368 orang ketua kampung daripada sembilan daerah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.