Categories
SELANGOR

MB serah sumbangan RM1 juta, lawat pusat pemindahan mangsa banjir Kelantan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

KOTA BHARU, 26 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, menyerahkan sumbangan RM1juta kepada Kerajaan Kelantan, di Masjid Telipot, di sini, hari ini.

Sumbangan itu diterima Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang mewakili Kerajaan Kelantan.

MB banjirDalam pertemuan itu, Mohamed Azmin turut berbincang berkenaan bentuk bantuan lain kepada Kerajaan Kelantan terutama pasca banjir.

“Hampir separuh Kelantan dinaiki banjir yang dapat dilihat dari atas kapal terbang lagi.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri merakamkan simpati kepada Kerajaan Kelantan dan mangsa banjir. Selangor sudah memutuskan pemberian bantuan, sejak 24 Disember lalu.

MB“Namun, semalam keadaan banjir di negeri ini nampak semakin teruk. Jadi, pagi ini kita adakan mesyuarat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk teliti balik jumlah itu,” katanya kepada Selangor Kini, selepas melawat lebih 2,000 mangsa banjir di Kolej Sultan Ismail, di sini.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, Kelantan menghargai sumbangan dan keprihatinan Kerajaan Selangor.

“Banjir kali ini antara paling besar yang berlaku selepas kejadian terburuk pada 1967. Ramai yang tidak menjangkakan kejadian banjir tahun ini kritikal.

“Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan Kerajaan Selangor di saat Kelantan menghadapi musibah dan sehingga kini 35,000 penduduk ditempatkan di kawasan pemindahan seluruh negeri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.