Categories
SELANGOR

Rakyat Kelantan terharu, Kerajaan Selangor cepat hulur bantuan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

KOTA BHARU, 26 DIS: Majoriti rakyat Kelantan terharu dan menghargai keprihatinan Kerajaan Selangor yang cepat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir negeri itu.

Mohd Nori Ahmad, 53, berkata sumbangan itu amat besar maknanya terutama kepada rakyat yang ditempatkan di pusat pemindahan seluruh Kelantan.

bantuKatanya, banjir besar itu tidak dijangka dan terburuk melanda negeri itu, sejak 10 tahun lalu.

“Terima kasih banyak YAB Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Selangor atas sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini.

“Rumah saya sendiri dinaiki air sehingga hampir mencecah lutut, namun masih stabil dan belum dipindahkan.

“Saya berharap Kerajaan Kelantan dapat mengagihkan dana dengan baik terutama kepada mereka yang berada di pusat pemindahan terlebih dahulu, ” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Bagi Sharifah Mariam Syed Alwi, 67, kesudian Mohamed Azmin melawat pusat pemindahan memberi makna besa‏r kepada mangsa banjir.

“Alhamdulillah, semoga Allah SWT menambah rezeki kepada Kerajaan Selangor atas sumbangan dan keprihatinan dihulurkan kepada mangsa banjir Kelantan.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak akan menampung kerugian mangsa banjir ekoran ujian ini. Rasa bangga kerana Menteri Besar Selangor sendiri turun padang,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.