Categories
SELANGOR

Naik taraf penjaja bantu daya saing & produk berkualiti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SELAYANG, 9 DIS: Kerajaan Selangor akan memulakan kempen menaik taraf peniaga dan penjaja kecil agar produk dihasilkan lebih berkualiti dan mampu berdaya saing.

Antara langkah diambil Kerajaan Negeri termasuk menempatkan penjaja kecil di lokasi perniagaan sesuai, mengadakan kursus kewangan, pengurusan perniagaan, keselamatan dan kesihatan makanan.

Usahawan Bumiputera berjaya kerana displin dan persaingan 1Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, kempen itu turut melibatkan peniaga dan penjaja kecil tidak berlesen.

“Tahun depan selepas saya buat perbincangan kita laksanakan program menaik taraf kualiti peniaga kecil kita secara keseluruhan di Selangor.

“Saya akan pergi pihak berkuasa tempatan (PBT) dapatkan semua peniaga dan penjaja berlesen dan tidak berlesen seperti peniaga burger,” kata Amirudin ketika merasmikan Seminar Keselamatan Makanan dan Peniaga Bijak & Chefmanship Akademi.

Jelas Amirudin, sebelum itu PBT juga akan menjalankan bancian terhadap peniaga dan penjaja di kawasan masing-masing.

Tambah Amiruddin lagi, usaha ini perlu dijalankan secara berperingkat dan berterusan dalam jangka masa panjang.

Sementara itu seminar anjuran Unilever Food Solutions dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini dihadiri kira-kira 700 peserta terdiri daripada peniaga dan penjaja kecil di kawasan pentadbiran.

Antara manfaat yang bakal diperolehi peserta terlibat dalam seminar sehari itu, amalan kebersihan, keselamatan makanan dan pengurusan perniagaan dengan lebih bijak.

Peserta juga berpeluang mendengar pengalaman seorang peniaga berjaya yang memulakan perniagaan sebagai penjaja kecil-kecilan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.