Categories
SELANGOR

Projek perumahan terbengkalai Taman Lembah Beringin dalam proses pembaikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 DIS: Projek perumahan terbengkalai di Taman Lembah Beringin jenis Heart Fasa 2 akan melalui proses pembangunan semula apabila ianya diambilalih syarikat baru.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri memaklumi masalah terbabit dan usaha telah dilakukan bagi mengatasinya.

yb iskandar 1Katanya, Kerajaan Negeri ketika ini sedang menunggu perancangan pihak yang mengambilalih projek itu.

“Jawapan kepada masalah itu dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini.

“Projek itu dibeli dan diambilalih satu syarikat baru dan ditender kepada pemajupenyelamat, sekarang kita tunggu tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Iskandar mengulas mengenai projek perumahan terbengkalai itu seperti mana dilaporkan SelangorKini pada 5 Disember lalu.

Dalam laporan itu, seorang pembeli rumah meluahkan rasa kesal ekoran kegagalan pihak pemaju menyiapkan kediaman dibelinya sejak 1997 namun sehingga kini hanya terbiar usang tanpa pembelaan.

Projek itu sepatutunya siap pada 1999 dan selewat-lewatnya sudah boleh diduduki sekitar 2000 namun semuanya hampa.

Apa KESLebih menyedihkan, pemaju projek, syarikat itu sudah disenaraihitam kerajaan dan sehingga kini beliau terpaksa meneruskan pembayaran bulanan berjumlah lebih RM400 melalui potongan gaji.

Menurutnya, harga rumah ini sekitar RM99,000 dan ia mula terbengkalai selepas 50 peratus siap dibina.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.