Categories
SELANGOR

Pembangkang hilang arah tuju, lesu & bisu

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 8 DIS: Pembangkang hilang arah tuju setelah sekian lama diselubungi ‘sindrom ketakutan’ yang membawa mereka terus menjadi lesu, bisu dan tiada isu.

Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC), Ng Suee Lim berkata tindakan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Shamsudin Lias meletak jawatan tidak masuk akal dan beliau perlu menjawab kepada pengundi apabila tidak akur kepada sistem demokrasi.

shamsudin lias 3“Mereka jadi pembangkang selama dua penggal tetapi belum menerima hakikat mereka perlu memainkan peranan utama sebagai pembangkang berkesan.

“Umno hilang hala tuju seperti mana dibangkitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini kepada Umno Selangor,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

DUN Selangor memutuskan Adun Sungai Burong itu dilantik mengetuai anggota PAC, bersama seorang lagi wakil BN, dan lima lagi anggota yang terdiri daripada kalangan Adun Pakatan Rakyat (PR).

Turut bersama Shamsudin dalam jawatankuasa itu adalah Adun Sekinchan (DAP), Ng Suee Lim, Adun Kajang (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Adun Batu Tiga (PKR) Rodziah Ismail, Adun Balakong (DAP) Ng Tien Chee, dan Adun Meru (PAS) Dr Abd Rani Othman, serta Adun Jeram (BN) Datuk Amiruddin Setro.

Bagaimanapun, Shamsudin hari ini mengambil keputusan melepaskan peranannya sebagai Ketua Pembangkang selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

Beliau juga memulangkan semula kereta Toyota Camry yang diberikan Kerajaan Negeri kepadanya.

Suee Lim berkata, Shamsudin bertindak demikian atas dorongan dan arahan pihak tertinggi partinya.

Katanya, Shamsudin menunjukkan kecenderungan tinggi untuk mengalas peranan Ketua Pembangang dan berjanji memberi kerjasama yang baik kepada Kerajaan Selangor dalam menyaksikan sistem demokrasi negeri berjalan baik.

“Saya yakin, Shamsudin berlapang dada untuk memberi khidmat sebagai ketua pembangkang, namun dia bertindak demikian setelah menerima arahan dari atasan untuk menolak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.