Categories
SELANGOR

Pembangkang puji keterbukaan laporan Selangor Kini

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Keterbukaan Selangor KiniĀ  dalam menyampaikan laporan dan memaparkan berita secara telus dari pembangkang, dipuji Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Katanya, sebagai sebuah akhbar rasmiĀ  selayaknya Selangor Kini memainkan peranan tanpa berat sebelah kepada semua pihak kerana operasi media negeri itu dijana melalui wang rakyat.

“Penerbitan Selangor Kini guna duit rakyat, jadi wajar semua wakil rakyat mendapat tempat, ruang dan peluang di dalam akhbar ini. Bukan hanya untuk ADUN kerajaan (Pakatan Rakyat) sahaja.

IMG_6421“Satu usaha yang wajar dan dipuji, sikap terbuka ini dialu-alukan dan wajar dilakukan sejak dahulu,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Lobi Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Tambahnya, pendekatan seperti itu seharusnya dilakukan sejak awal penerbitan Selangor Kini dan berharap usaha positif berkenaan berpanjangan supaya memberi manfaat kepada rakyat yang membacanya.

“Saya harap, ruang untuk ADUN pembangkang tidak hanya tertumpu kepada isu kontroversi yang sensasi sahaja, sebaliknya untuk ruang kritikan dan juga isu yang membina untuk disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Cover Selangorkini Disember 1 2014Akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangor Kini di bawah Pakatan Rakyat mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno-BN yang menggunakan nama Era Jaya.

Selangor Kini diterbitkan bagi menyampaikan dasar dan program Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pencerahan kepada rakyat.

Berpegang kepada prinsip media dan profesionalisme kewartawanan, Selangor Kini tidak memaparkan berita satu pihak sahaja sebaliknya turut memberi liputan kepada pembangkang yang selalu mengkritik Kerajaan Negeri.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.