Categories
SELANGOR

MB: Pembaca SelangorKini lebih tumpu isu dasar bukti rakyat matang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JAN: Pembaca portal berita rasmi Kerajaan Negeri, SelangorKini lebih cenderung menumpukan isu dasar melibatkan kepentingan rakyat berbanding isu politik.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan ini membuktikan kematangan rakyat dan mendorong Kerajaan Negeri memastikan dasar atau program dilaksanakan sampai ke golongan sasaran.

Skini“Kita harus ingat rakyat hari ini adalah cukup matang apabila mempunyai latar belakang pendidikan cukup baik dan mereka lebih berminat membincangkan isu pembangunan dan isu dasar yang akhirnya dapat membangunkan negeri.

“Dalam perbincangan dan mesyuarat, ditegaskan pada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya bertanggungjawab memikul amanah dengan menggubal dasar kepedulian rakyat dan diputuskan memberi manfaat kepada rakyat,” kata Mohamed Azmin kepada SelangorKini.

Mohamed Azmin mengulangi tekad beliau dan barisan kepimpinan negeri supaya tradisi dan prinsip kepedulian rakyat dipertahankan bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan adil sekaligus memakmurkan negeri.

“Baru-baru ini kita menyedari hal ini dan membentuk satu unit penyampaian supaya dasar diputuskan, program dilaksanakan dapat ke kumpulan dasar sehingga ke desa,” kata Mohamed Azmin.

Sepanjang 2015, SelangorKini mendapati pembaca portal berita SelangorKini bagi segmen berita Selangor lebih menumpukan isu dasar dan program Kerajaan Negeri berbanding isu-isu lain termasuk politik.

Analisis dibuat berdasarkan berita dikongsi sebanyak 50 kali dan lebih di akaun media sosial facebook masing-masing secara terus daripada portal SelangorKini bermula 1 Januari hingga 31 Disemberi 2015.

Antara paling mendapat tempat, berita berkaitan isu perumahan khususnya melibatkan projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri, Rumah Selangorku yang dikongsikan secara terus sebanyak 4,341.

Sementara itu, bagi isu melibatkan pendidikan dan agama pula dikongsi sebanyak 1,124 dan bantuan kemanusiaan banjir sebanyak 1,264 dan isu air pula 905 kali.

Selain itu, berita yang turut mendapat tempat di hati pembaca SelangorKini pada sepanjang 2015 adalah isu kemanusiaan, sukan, lawatan Menteri Besar dan lain-lain.

EZY

Eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum – Mahmud Abbas

Central Spectrum berjaya membangunkan tanah industri seluas 3,500 ekar dan berjaya menjana keuntungan RM 15 Billion dalam tempoh 20 tahun.

Ikuti video temubual Penolong Pengarang Selangor Kini bersama CEO Central Spectrum, Mahmud Abbas.

Dana RM120,000 menanti penerima Dana Sastera Selangor


Penerima Anugerah Dana Sastera Selangor 2015 bakal menerima dana RM120,000 pada Malam Anugerah Sastera Selangor Kini 8 Disember ini.

Categories
SELANGOR

Akhbar khas Belanjawan 2016 bahasa Inggeris diterbit 16 November

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 NOV: Selangor Kini akan menerbitkan edisi khas Belanjawan Selangor 2016 versi bahasa Inggeris, pada 16 November ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia ekoran permintaan tinggi terhadap akhbar itu termasuk versi bahasa Tamil dan Mandarin.

“Akhbar versi bahasa Tamil dikenali sebagai Selangor Kini Hindru akan diedarkan 60,000 naskah bermula esok (6 November) dan akan diteruskan 60,000 naskah setiap dua bulan sekali.

IMG_5864“Manakala, bahasa Mandarin kita sasarkan 75,000 naskah dengan terbitan dua kali sebulan, bermula 21 November ini berdasarkan kedudukan kewangan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB),” katanya ketika menggulungkan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata 158,296 orang direkodkan mengunjungi portal Media Selangorku sehingga kini.

Katanya, dasar terbuka Kerajaan Negeri juga memberi peluang berita Barisan Nasional (BN) untuk dimuatkan dalam akhbar yang berbeza dengan apa yang diamalkan mereka.

“Kita tidak pernah menafikan hak BN berbanding dengan apa yang mereka lakukan, cuma kita harus berusaha meningkatkan keberkesanan Selangor Kini dalam menyampai maklumat,” katanya.

Berkenaan cadangan supaya melantik pegawai penerangan negeri di setiap DUN, Mohamed Azmin berkata, beliau akan meminta CCSB supaya melihat kewajaran pelaksanaannya.

“Falsafah dan matlamat itu adalah baik kerana ia akan memberi kesan positif kepada Kerajaan Negeri. Kita juga tidak mahu dasar baik hanya berlegar di Shah Alam sahaja,” katanya.

-NFN-

Categories
ESELANGORKINI

SelangorKini Edisi Julai – vol 3

Selangorkini 17 – 24 Julai 2015.compressed

Categories
SELANGOR

Selangor Kini terima penghargaan ke-3 tahun ini

SHAH ALAM, 30 JUN: Selangor Kini, akhbar rasmi Kerajaan Selangor menerima sijil penghargaan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) atas komitmen terhadap pelbagai isu sekitar daerah itu.

Penghargaan diberi kepada Wartawan Kanan, Naeem Raffi dan Wartawan Penyiaran, Ahmad Nahar Sulaiman dengan masing-masing menerima sijil dan hamper.

Ia penghargaan ketiga diraih Selangor Kini sepanjang tahun ini.

“Terima kasih MDKL yang menghargai artikel dan kerja saya. Saya akan terus menulis untuk masyarakat,” katanya.

IMG_9686Sebelum ini, Naeem Raffi melalui laporan khas ‘Pembuangan Sampah Haram Tasik Sri Aman’ melayakkan dirinya memenangi Anugerah Liputan Aduan dan Permasalahan Terbaik 2014 pada Majlis Apresiasi Media Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Sementara itu, TVSelangorku menerima Anugerah Media Baru bagi kategori tv internet pada Majlis Apresiasi Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

TVSelangorku turut memenangi satu lagi anugerah daripada MBPJ melalui segmen Apa Khabar Selangor (AKS) kendalian Allahyarham DJ Mansor yang mengupas pelbagai isu.

Pemangku Ketua Jurugambar Selangor Kini, Muhammad Asri Sapfie pula menang Anugerah Penghargaan Fotografi pada majlis sama.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Salam Maulidur Rasul 1436H dari Selangor Kini

maulidur rasul 1

Warga Kerja Selangor Kini mengucapkan Salam Maulisur Rasul 1436 Hijrah kepada semua pembaca portal kami.

Hari ini, kami bertugas dengan separuh tenaga kerja dan esok, kami akan kembali bersiaran dengan laporan berita terkini dan berinformasi.

Terima kasih kerana terus bersama kami dan memberi sokongan.

Categories
SELANGOR

Pembangkang puji keterbukaan laporan Selangor Kini

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Keterbukaan Selangor Kini  dalam menyampaikan laporan dan memaparkan berita secara telus dari pembangkang, dipuji Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Katanya, sebagai sebuah akhbar rasmi  selayaknya Selangor Kini memainkan peranan tanpa berat sebelah kepada semua pihak kerana operasi media negeri itu dijana melalui wang rakyat.

“Penerbitan Selangor Kini guna duit rakyat, jadi wajar semua wakil rakyat mendapat tempat, ruang dan peluang di dalam akhbar ini. Bukan hanya untuk ADUN kerajaan (Pakatan Rakyat) sahaja.

IMG_6421“Satu usaha yang wajar dan dipuji, sikap terbuka ini dialu-alukan dan wajar dilakukan sejak dahulu,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Lobi Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Tambahnya, pendekatan seperti itu seharusnya dilakukan sejak awal penerbitan Selangor Kini dan berharap usaha positif berkenaan berpanjangan supaya memberi manfaat kepada rakyat yang membacanya.

“Saya harap, ruang untuk ADUN pembangkang tidak hanya tertumpu kepada isu kontroversi yang sensasi sahaja, sebaliknya untuk ruang kritikan dan juga isu yang membina untuk disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Cover Selangorkini Disember 1 2014Akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangor Kini di bawah Pakatan Rakyat mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno-BN yang menggunakan nama Era Jaya.

Selangor Kini diterbitkan bagi menyampaikan dasar dan program Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pencerahan kepada rakyat.

Berpegang kepada prinsip media dan profesionalisme kewartawanan, Selangor Kini tidak memaparkan berita satu pihak sahaja sebaliknya turut memberi liputan kepada pembangkang yang selalu mengkritik Kerajaan Negeri.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor Kini portal berita tempatan pertama guna aplikasi vine

SHAH ALAM 24 SEPT: Selangor Kini, akhbar dan portal berita rasmi Kerajaan Selangor melancarkan aplikasi vine – video pendek berdurasi maksimum 30 saat.

Ketua Pengarangnya, Fazallah Pit, berkata aplikasi itu membolehkan orang ramai mengakses dan menonton rakaman aktiviti yang dimuat naik melalui media sosial khususnya twitter.

Beliau berkata, aplikasi itu lebih mudah dan cepat berbanding rakaman video yang kebanyakan durasi lebih panjang dan sukar atau lambat untuk diakses melalui telefon pintar.

Ia bermakna, katanya, Selangor Kini  dipercayai menjadi pelopor portal media tempatan yang mengguna pakai aplikasi dalam operasi penerangan kepada rakyat.

“Aplikasi itu dilancarkan bertepatan dengan pelantikan Datuk Menteri Besar Selangor ke-15, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa,” katanya.

Fazallah berkata, paparan vine pertama dimuat naik jam 5 petang semalam dengan mengguna pakai paparan visual bergerak biodata pengenalan Mohamed Azmin.

“Beberapa pembaharuan lain akan dibuat dalam tempoh terdekat, seiring dengan kepimpinan Menteri Besar baharu,” katanya.

Categories
SELANGOR

MB: ‘Saya tidak campur urusan editorial Selangor Kini’

Oleh: LiZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri urusan editorial akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangor Kini.

Beliau memaklumkan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), pengurusan editorial Selangor Kini selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri yang sentiasa menjunjung dasar kebebasan akhbar.

Katanya, Kerajaan Negeri juga bersedia melakukan ‘indicator’ bagi menunjukkan pecahan berita yang dikeluarkan akhbar berkenaan.

03“Secara kerjanya, saya tidak mencampuri urusan editorial kerana kita percaya pada dasar kebebasan akhbar.

“Tetapi, saya akan mengadakan perbincangan bersama ahli lembaga pengarah untuk mengesyorkan penyediaan data berhubung berapa banyak (berita) Menteri Besar keluar dan membentangkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafie berhubung dakwaan terdapat dasar yang bersifat selektif dalam pemilihan berita dengan mengenepikan berita yang disebut sebagai ‘kritikal’.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak pengurusan Selangor Kini mewujudkan ruangan khas untuk memberi peluang setiap wakil rakyat muncul dalam akhbar itu.

Sementara itu, menjawab soalan lain, beliau berkata akan mengarahkan kos lewat bayar disertakan bersama bayaran tunggakan kos pengedaran akhbar Selangor Kini.

“Saya akan minta diselesaikan kos lambat bayar kerana daripada segi peruntukan ada, maka kita mesti kenakan kos untuk kelewatan ini sebagai satu bentuk disiplin.

02“Kita mahukan perkhidmatan pengedaran terbaik, tetapi tidak bayar, tatacara ini mesti diubah,” katanya.

Terdahulu, ADUN Taman Medan, Haniza Talha mengemukakan aduan bayaran kos pengedaran Selangor Kini di pejabat Khidmat DUN tertunggak sejak beberapa bulan.

Abdul Khalid sebelum itu memaklumkan bayaran RM0.10 diberikan kepada setiap edaran nashkah akhbar rasmi berkenaan yang kebiasannya diletakkan di masjid dan Pusat Khidmat DUN.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB : ‘Saya tidak kisah gaji lama, yang penting rakyat’

Sinopsis :

1. Sebahagian besar gaji MB, pimpinan Selangor disalur ke Tabung MES

2. MB: ‘Saya tidak kisah gaji lama, yang penting rakyat’

3. Pemotongan gaji MB, Exco, Speaker kepada MES formula terbaik

4. MB: Penjadualan air dihentikan jika empangan penuh 50%

5. Insentif RM5,000 bantu benteras perlombongan pasir haram

6. 47 ditahan dalam 22 operasi pelombong pasir haram sepanjang 2013

7. MB: Selangor tidak pernah keluar arahan bekukan permohonan TOL

8. MB: Kehadiran ADUN sidang DNS penting

9. Penstrukturan industri air perlu disegerakan

10. Promosikan media Selangor Kini dengan lebih meluas

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

PRK Kajang : MPKj gagal selenggara longkang, jurukamera Selangor Kini cedera

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 24 MAC : Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed, cedera di kaki kiri dan tangan kanan akibat terjatuh ke dalam longkang tidak berpenutup ketika membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, di perkarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu menimpa Hanafi, 45, ketika beliau sedang merakam aksi calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra dan bertemu penyokong sejurus selepas diisytihar menang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

69580_757683504256735_1175189654_nerdasarkan maklumat daripada rakan sekerja, Nazli Ibrahim, jurukamera malang itu dipercayai terjatuh ke dalam lubang seluas dua kaki persegi dan mempunyai kedalaman paras pinggang.

Ekoran itu, Hanafi dibantu anggota polis dan orang ramai sebelum dibawa masuk ke dewan untuk diberikan rawatan oleh pasukan perubatan.

Tidak ada kerosakan pada anggota badan lain, bahkan peralatan kameranya juga berada dalam keadaan baik.

Maklumat daripada orang ramai juga mendapati longkang itu tidak diselenggara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) walaupun pernah dilaporkan sebelum ini.

-NFN-