Categories
SELANGOR

PKNS 50 tahun: 11 pusat pertumbuhan baru diwujud, bina 156,802 rumah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 DIS: Dalam tempoh 50 tahun kewujudannya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mewujudkan 11 pusat pertumbuhan baru dalam merencanakan pembangunan di seluruh Selangor.

Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifiah, berkata setakat ini PKNS telah membina 156,802 unit rumah terdiri daripada 37 peratus jenis kos rendah, 47 peratus (kos sederhana) dan 16 peratus (kos tinggi).

pkns-usahawan“Sejak penubuhan PKNS pada 1 Ogos 1964, PKNS aktif dalam merencanakan pembangunan Selangor dan menjana sosio-ekonomi rakyat,” katanya dalam ucapan di Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata 11 pusat pertumbuhan baru itu adalah bandar dibuka ialah Shah Alam, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Kota Damansara, Ampang Hulu Kelang, Bandar Baru Bangi, Bandar Sultan Suleiman, Taman Sains Selangor 2 (SSP2), Antara Gapi, Bernam Jaya dan Kota Puteri.

Beliau berkata, ketika ini, PKNS dalam perancangan merancakkan pertumbuhan di Kota Puteri berkeluasan 2,000 ekar dan SSP2 (1,300 ekar) sebagai kawasan tumpuan di luar Lembah Klang.

“PKNS mempunyai perancangan memperluaskan pembinaan projek rumah mampu milik dengan PKNS mengenal pasti beberapa lokasi dimajukan bagi tempoh lima tahun sehingga 2019.

“Antara lokasi itu di Gombak, Kota Puteri, Antara Gapi, SSP2, dan Bernam Jaya,” katanya.

Azlan berkata, PKNS turut meneruskan konsep Ehsan dan Kasih PKNS di dalam program pembangunan usahawan dan program tanggungjawab korporatnya.

“Dari Januari hingga November lalu, PKNS membelanjakan RM2.1 juta bagi program sosial dan kemasyarakatan tidak termasuk sumbangan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.