Categories
SELANGOR

MB: Siap sedia hadapi cabaran ekonomi 2015

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 15 DIS: Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mahu penjawat awam dan rakyat bersedia menghadapi cabaran 2015 yang dijangka getir ekoran kejatuhan nilai matawang dan ekonomi global dan negara yang tidak menentu.

Mohamed Azmin berkata, ianya memerlukan kekuatan semua pihak merangka strategi terbaik berhadapan cabaran itu agar tidak terperangkap dalam kesan negatif dalam cabaran ekonomi.

crisisKatanya, beberapa petunjuk ekonomi termasuk laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi global tumbuh pada kadar 3.8 peratus sahaja pada 2015.

“Ada pakar ekonomi dalam negara mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara kita jauh lebih rendah daripada apa diramalkan,” kata Mohamed Azmin dalam Perhimpuan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, hari ini di sini.

Beliau berkata ia disebabkan negara berada di dalam Euro Zone hari ini dalam keadaan statik dan tidak dapat keluar daripada kemelesetan ekonomi yang dialami baru-baru ini.

“Kita menyaksikan Jepun negara maju di rantau ini mencatatkan kemelesetan mulai suku tahun ketiga tahun ini dengan KDNK negara itu menguncup pada kadar 1.6 peratus berbanding pertumbuhan disasarkan pada 2.2 peratus.

“Sudah tentu apabila Jepun mengalami kemelesetan ekonomi, ianya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.