Categories
SELANGOR

PKNS penyelamat projek perumahan terbengkalai Taman Bukit Impian

SHAH ALAM 9 DIS: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menjadi pemaju penyelamat bagi projek perumahan terbengkalai Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Shah Alam.

Iskandar berkata pemaju asal projek itudiberi milik tanah Kerajaan Negeri dalam 1997 dan dalam 2003 mereka menjual lot tanah kepada para pembeli.

pkns-usahawan“Bagaimanapun dalam 2006 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) menerima laporan bahawa projek ini telah terbengkalai.

“Sejak Mac 2008 pelbagai usaha Kerajaan Negeri dijalankan memulihkan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu melibatkan 52 orang pembeli yang membayar di antara RM160,000 hingga RM356,000 seorang dengan jumlah terkumpul berjumlah RM5 juta.

“PKNS akan memulangkan jumlah yang dibayar pembeli dan satu pembangunan baru akan dibangunkan di atas tapak tersebut

“Bagaimanapun pembeli akan diberi peluang untuk membeli rumah di projek baru,” katanya.

Menurut Iskandar, Dato’ Menteri Besar akan menyerahkan kembali pembayaran yang dibuat oleh para pembeli di dalam satu majlis di Shah Alam pada 16 Disember ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.