Categories
SELANGOR

Selangor berjaya selesai kes 51 projek terbengkalai hingga 30 November

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Selangor berjaya menyelesaikan 51 buah projek perumahan terbengkalai sejak Mac 2008 sehingga 30 November lalu.

terbengkalai-2-300x200Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, 51 projek itu melibatkan 26,286 unit rumah daripada 28 projek berlesen dan 23 projek tidak berlesen.

Menjawab soalan yang dikemukakan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu), Iskandar menjelaskan, tujuh kali mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) diadakan pada tahun ini dengan 22 projek terbengkalai berada di bawah kajian pemulihan direkodkan.

22 projek yang direkodkan melibatkan kawasan Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Pusat Bandar Kundang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.