Categories
SELANGOR

Selangor sedia kaji pembangunan pusat skatepark

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Selangor belum mempunyai perancangan khusus membina pusat skatepark, namun bersedia mengkaji cadangan pembangunan kemudahan sukan lasak itu, kata Exco Kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah.

Walaubagaimanapun, Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata, terdapat Pihak Berkusa Tempatan (PBT) khususnya di kawasan bandar sudah menyediakan kemudahan seumpama itu.

skateboard1“MBSA, MBPJ dan MPSJ sudah menyediakan kemudahan ini dan beberapa PBT lain seperti MPK, MPS serta MPAJ bercadang membina kemudahan itu.

“Namun, kesesuaian lokasi dan perancangan peruntukan perlu diambil kira bagi memastikan kemudahan itu nanti mampu memberi manfaat kepada rakyat,” katanya menjawab pertanyaan lisan dari Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), di sidang DNS, hari ini.

Katanya, piawaian keselamatan, kebersihan dan mesra alam sekitar perlu diutamakan dalam penyediaan pembinaan pusat skatepark.

“Perlu ada pemantauan dan penyelenggaraan berkala bagi memastikan keselamatan pengguna, selain memastikan struktur kemudahan sentiasa berada dalam keadaan baik kerana ia mudah rosak,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.