Categories
NASIONAL

Wisma Putra siasat kemungkinan rakyat Malaysia jadi tebusan di Sydney

SHAH ALAM 15 DIS: Wisma Putra masih menyiasat dakwaan kemungkinan rakyat negara ini terlibat dalam insiden tebusan di Sydney, Australia hari ini.

Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam, berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat lengkap berhubung serangan itu.

10850121_10152915149356341_6616863395405840230_n“Setakat ini kami tidak boleh memberikan apa-apa maklumat kerana siasatan masih berjalan.

“Pegawai kami di sana masih cuba menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sebarang maklumat rasmi,” katanya dipetik Sinar Harian Online.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan penglibatan rakyat Malaysia sebagai tebusan dalam serangan tersebut.

“Kita tahu ramai rakyat kita di sana, jadi risiko rakyat Malaysia dijadikan tebusan dalam serangan tersebut agak tinggi.

“Bagaimanapun tunggu maklumat rasmi dari pegawai di sana, sebarang maklumat akan dikongsikan secepat mungkin,” katanya lagi.

Majlis Imam Kebangsaan Australia mengutuk tindakan pengganas menyerang dan menahan orang awam di sebuah restoran di Sydney sejak awal pagi hari ini.

Menerusi  satu kenyataan bersama, Mufti Besar Australia menyifatkan ia sebagai satu perilaku jenayah yang jelas mengancam keselamatan orang awam.

“Tindakan itu dikecam secara keseluruhan di dalam agama Islam,” katanya.

Sekurang-kurangnya 10 kakitangan sebuah restoran dan 30 orang awam ditahan sebagai tebusan dalam insiden itu pada pagi hari ini.

Pihak berkuasa setakat ini memperketatkan langkah keselamatan di sekitar restoran itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.