Categories
NASIONAL

Anwar: PR sedia terima cadangan SPR jika telus & adil

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 19 JAN:  Pakatan Rakyat (PR) sedia mendengar dan menerima cadangan perubahan yang ingin dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika ke arah penambahbaikan pada masa depan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata apa yang dipersoalkan adalah sikap SPR yang dilihat tidak telus dan adil dalam pengendalian pilihan raya seperti pilihan raya umum lalu dan Sarawak.

spr on black 01“Kita pertikaikan kebebasan dan kewibawaan SPR. Kita ada maklumat berkenaan apa yang berlaku,” katanya dalam sidang media selepas majlis ‘Meet Anwar Selangor’ di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini PR pernah membuat kenyataan berkenaan cadangan perubahan yang akan dilaksanakan tetapi tidak mendapat maklum balas dan tidak tahu apa yang berlaku.

“Sekarang dalam PKR kita ada berbincang. Kita sukar untuk menerima cadangan SPR berdasarkan pengalaman di Sarawak. Kita hadapi keadaan yang mencabar,” katanya.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk insiden ramai pemimpin PR dihalang memasuki Sarawak ketika pilihan raya negeri itu dijalankan.

Anwar berkata, mesyuarat majlis pimpinan PR yang tertangguh akibat banjir akan dilangsungkan pada tarikh yang akan ditetapkan selepas mendapat persetujuan tiga komponen parti.

anwar“Kerana Disember banjir, sekarang kita sedang tunggu mungkin akhir Januari,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas isu siasata terhadap peguam, Eric Palusen, beliau berkata, kritikan terhadap kandungan khutbah Jumaat tidak bermakna mendatangkan penghinaan terhadap agama Islam, kata

Katanya, pihak berkuasa perlu lebih terbuka dan tidak sewenangnya menggunakan Akta Hasutan bagi menghalang kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat.

“Berbeza dengan apa yang berlaku di Perancis kerana kebebasan menimbulkan penghinaan tetapi di sini hujah dibuat dijadikan alasan untuk menggunakan Akta Hasutan.

“Anda boleh mengkritik khutbah kerana ia bukan hasutan dan tidak menghina agama. Individu itu patut dipanggil kerana kritikannya, apa dipersetujui dan sebaliknya. Itu pandangan saya,” katanya.

Baru-baru ini, Eric Palusen disiasat polis berikutan tweetnya yang mengkritik khutbah Jumaaat disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.