Categories
SELANGOR

Anwar: Selangor mampu atasi belanjawan defisit

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 20 JAN: Selangor mampu keluar daripada belanjawan defisit yang dialami sebanyak RM450 juta tahun ini menerusi perancangan rapi dan secara berperingkat-peringkat.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata situasi sama dihadapi apabila beliau dilantik Menteri Kewangan ketika itu negara mengalami belanjawan defisit.

anwar“Dalam satu tahun tidak boleh menjadi berimbang, tahun pertama saya kurangkan defisit, tahun kedua berimbang, tahun ketiga lebihan sedikit,” katanya dalam majlis “Meet Anwar Selangor” di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, lebihan yang banyak tidak bermanfaat jika pembangunan tidak diusahakan dan ia perlu berterusan dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Anwar berkata, lebihan itu patut ditumpukan kepada keperluan penting seperti menyelesaikan hutang pada kadar segera mendahului tahun matang.

“Ketika saya Menteri Kewangan, RM12 bilion saya buat pra pembayaran. Kalau hutang patut dibayar pada 2020, saya bayar sekarang.

“Kalau saya tak bayar sekarang, bermakna generasi akan datang kena tanggung. Ini dimaksudkan pengurusan ada kepedulian. Dalam konteks Selangor, antara langkah diambil adalah membanggakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.