Categories
SELANGOR

Menjelang 2020 Shah Alam bandar raya antarabangsa

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JAN: Shah Alam bakal menjadi bandar raya bertaraf antarabangsa menjelang 2020 dengan fokus kepada kemakmuran, keindahan serta keamanan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata sasaran itu mampu dicapai melalui kestabilan ekonomi, kemudahan asas yang baik, keharmonian komuniti dan jaminan keselamatan.

Bandar Shah Alam“Dari segi landskap, kita mungkin akan ketengahkan pokok-pokok bunga untuk memberi keindahan kepada Bandar Anggerik ini,” katanya pada sidang media.

Sebelum itu, beliau mengangkat sumpah jawatan Datuk Bandar di Wisma Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) di sini.

Beliau yang sebelum ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dilantik sebagai Datuk Bandar ketujuh pada 2 Januari lalu.

Zaharin berkata, beliau juga akan memberi tumpuan kepada memperkasakan modal insan kakitangannya.

“Kalau saya gagal mendidik kakitangan MBSA, maka gagallah usaha lainmendidik masyarakat,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.