Categories
SELANGOR

Anwar: Selangor mendepani negeri lain, bantuan banjir paling teratur

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 20 JAN: Selangor mendahului negeri lain dalam misi bantuan banjir serta melaksanakannya dengan teratur yang membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah rakyat.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berjaya dalam misi bantuan banjir sebagai langkah proaktif mengurangkan beban di negeri dilanda musibah banjir itu.

11283_10203592847882148_1543731092234462680_n“Perbincangan saya dengan Dato’ Menteri Besar, ternyata Selangor mendepani dan adalah satu negeri yang merencanakan bantuan paling teratur berbanding negeri lain,” katanya dalam ucapan di majlis “Meet Anwar Selangor” di sini, baru-baru ini.

Anwar berkata, banjir yang berlaku adalah krisis dan pengajaran kerana ramai rakyat terjejas.

“Kita tahu tidak semua boleh disalahkan kepada kerajaan tetapi penyelarasan dan kecepatan menangani masalah ini yang berlaku hampir setiap tahun selama berabad.

“Sukar kita mengerti mengapa langkah pemulihan terlalu perlahan,” katanya.

Anwar berkata, keprihatinan pelbagai pihak dalam menghulurkan bantuan jelas membanggakan gambaran rakyat bersatu dalam detik suka dan duka.

“Kita harus kagum dan ucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada badan NGO yang datang beramai-ramai menghulur bantuan.

“Begitu ramai dan komited rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, turun dengan ikhlas membantu mangsa banjir,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.