Categories
NASIONAL

Anwar ucap takziah kemangkatan Raja Abdullah

SHAH ALAM 23 JAN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz semalam.

“Didoakan moga ruh Baginda dicucuri rahmat Allah swt,” kata Anwar dalam kenyataan media.

B8BFZXvCUAATSh5Anwar berkata beliau dalam pada masa sama mengucapkan tahniah kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz atas pertabalan baginda selaku Raja Arab Saudi yang baharu.

“Semoga era kepimpinan beliau dapat memandu Arab Saudi dan Timur Tengah amnya ke satu tahap terbaik.

“Bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan semua,” kata Anwar.

Raja Abdullah mangkat awal pagi tadi dan adiknya yang juga Putera Mahkota, Salman Abdulaziz Al Saud dilantik sebagai Raja Arab Saudi yang baharu. Arab Saudi menguasai 16 peratus rizab minyak dunia.

Raja Abdullah mangkat ketika industri minyak berhadapan dengan fasa perubahan yang tidak berlaku sejak beberapa dekad lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.