Categories
SELANGOR

APA KES? Kes ragut jejas keselamatan masyarakat, rondaan Polis dipertingkat

Oleh: AFIX REDZUAN

BANDAR BARU BANGI, 22 JAN: Pasukan Peronda Bermotosikal Polis digerakkan untuk memantau keselamatan di kawasan DUN Bangi bagi membendung jenayah ragut.

ADUN Bangi, Shafie Ngah berkata, rondaan lebih kerap dimulakan sejak beberapa bulan lalu dan kejadian ragut yang berlaku dipercayai menggunakan motosikal oleh kumpulan sama.

Apa KES“Kita berbincang dengan Polis mengenai perkara ini dan Polis menggunakan motosikal untuk meronda kawasan Bangi bagi memudahkan tugas menangkap peragut.

“Peragut dipercayai menggunakan motosikal seperti dalam kejadian yang berlaku dua hari lalu,” katanya kepada Selangor Kini.

Suara Penduduk Bangi melalui laman Facebook rasmi mereka telah berkongsi maklumat mengenai dua kejadian ragut yang berlaku baru-baru ini

Kes pertama dilaporkan berlaku di kejiranan Surau Al Ehsan Seksyen 2 manakala kes kedua di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Kes pertama dilaporkan seutas rantai tangan seorang wanita diragut dua orang lelaki bermotosikal ketika berada di luar rumah bersama dua orang cucunya.

Ketika kejadian, peragut mengacukan parang panjang kepada mangsa.

Kejadian kedua pula melibatkan seorang kariah Masjid Al-Hasanah ketika dalam perjalanan untuk mengaji.

Mangsa diacu dengan sebilah parang panjang dan peragut berjaya merampas seutas gelang dan beg.

Peragut menggunakan motosikal berwarna biru dengan nombor pendaftaran WYV 4947.

Laporan polis telah dibuat terhadap kedua-dua kejadian berkenaan dan penduduk sekitar diingatkan supaya berhati-hati ketika berada di luar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.