Categories
KENYATAAN MEDIA

BN jangan sombong tangani krisis ekonomi

Oleh: Iskandar Abdul Samad

Kerajaan BN dinasihatkan agar tidak sombong di dalam menangani krisis ekonomi akibat penurunan harga minyak dan nilai ringgit.

Mereka sepatutnya mendapatkan pandangan dan maklumbalas semua pihak untuk mengharungi tahun yang mencabar akibat krisis tersebut.

yb iskandar 1Oleh yang demikian satu jawatankuasa khas yang melibatkan semua pihak perlu ditubuhkan. Jawatankuasa ini perlu dianggotai oleh mereka bukan sahaja dari BN tetapi dari pembangkang, pakar-pakar, ahli-ahli akademik dan rakyat biasa.

Krisis ekonomi ini akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia maka tenaga seluruh rakyat perlu digembelingkan untuk memastikan kesannya kepada negara dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima.

Kerajaan BN perlu belajar menghormati pandangan mereka yang bukan dari BN. Pembangkang juga mahukan yang terbaik untuk negara ini.

Kerajaan mesti juga mengakui bahawa mereka berhadapan dengan satu krisis dan tidak menafikannya.

* Iskandar Abdul Samad adalah Pesuruhjaya PAS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.