Categories
KENYATAAN MEDIA

‘Geramm persoal pemberhentian kilat Ketua Editor Harakah’

Sejak Harakah menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini, Gerakan Media Marah (GERAMM) mengikuti rapat dan mengambil berat perkembangan semasa akhbar itu.
GERAMM bimbang isu permintaan supaya Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor kesihatan.
Ini kerana permintaan itu dibuat tidak lama selepas penamatan dua lagi kakitangan akhbar itu, Tarmizi Mohd Jam dan Roslan Hamid, selain berakhirnya kolum tulisan Dinsman.
Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang?
GERAMM khuatir wujud unsur penindasan terhadap mereka melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.
Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.
Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.
Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab.
GERAMM berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya.
GERAM ialah perikatan longgar wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Fazallah Pit melalui 019-3759767 atau Alyaa 012-3596240

Leave a Reply

Your email address will not be published.