Categories
NASIONAL

Hanya satu kesilapan, TUDM lupa khidmat cemerlang Zaidi selama 26 tahun

SHAH ALAM, 13 JAN: PAS  mempertikaikan hukuman pemecatan kerja ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang disifatkan begitu berat berbanding rekod cemerlang perkhidmatan 26 tahunnya bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Begitu berat sekali hukuman yang dikenakan kepada Mejar Zaidi yang begitu cemerlang berkhidmat dalam perkhidmatan TUDM sehingga dibuang kerja.

“Padahal beliau pernah dianugerahi beberapa pingat cemerlang atas perkhidmatannya,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dipetik Malaysia Kini.

MejarZaidiMahkamah tentera semalam menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap Zaidi selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya tanpa kebenaran.

Yang Dipertua Mahkamah Kolknel, Saadon Hasnan berkata, hukuman terhadap Zaidi itu sudah mengambil kira rekod cemerlangnya yang tiada masalah disiplin selama berkhidmat.

Saadon berkata, rekod cemerlang dan bersih pesalah dan faktor kesalahan pertama diambil kira dalam mitigasi hukuman itu.

mahfuz omarHukuman yang lebih berat bagi kesalahan itu adalah penjara dua tahun atau dibuang kerja dengan keji.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz juga menggesa pihak berkuasa tentera menyemak kembali keputusan terhadap Zaidi.

Menurut Mahfuz lagi, tindakan itu tidak selaras dengan hak asasi manusia yang dijamin dalam Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.