Categories
NASIONAL

Hanya satu kesilapan, TUDM lupa khidmat cemerlang Zaidi selama 26 tahun

SHAH ALAM, 13 JAN: PAS  mempertikaikan hukuman pemecatan kerja ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang disifatkan begitu berat berbanding rekod cemerlang perkhidmatan 26 tahunnya bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Begitu berat sekali hukuman yang dikenakan kepada Mejar Zaidi yang begitu cemerlang berkhidmat dalam perkhidmatan TUDM sehingga dibuang kerja.

“Padahal beliau pernah dianugerahi beberapa pingat cemerlang atas perkhidmatannya,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dipetik Malaysia Kini.

MejarZaidiMahkamah tentera semalam menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap Zaidi selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya tanpa kebenaran.

Yang Dipertua Mahkamah Kolknel, Saadon Hasnan berkata, hukuman terhadap Zaidi itu sudah mengambil kira rekod cemerlangnya yang tiada masalah disiplin selama berkhidmat.

Saadon berkata, rekod cemerlang dan bersih pesalah dan faktor kesalahan pertama diambil kira dalam mitigasi hukuman itu.

mahfuz omarHukuman yang lebih berat bagi kesalahan itu adalah penjara dua tahun atau dibuang kerja dengan keji.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz juga menggesa pihak berkuasa tentera menyemak kembali keputusan terhadap Zaidi.

Menurut Mahfuz lagi, tindakan itu tidak selaras dengan hak asasi manusia yang dijamin dalam Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Categories
NASIONAL

Beri kenyataan media, Mahkamah Tentera putus Mejar Zaidi bersalah

SHAH ALAM, 12 JAN: Mahkamah tentera hari ini memutuskan Mejar Zaidi Ahmad bersalah terhadap tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan kawat tumpangan rasmi tentera.

Namun, ahli mahkamah belum memutuskan bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan kerana proses mitigasi hukuman sedang berlangsung.

Mejar Zaidi-702548Terdahulu, Zaidi sempat menyampaikan pesanan selepas diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman atas kesalahan terbabit.

“Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti.

“Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.

Categories
NASIONAL

Anggota TUDM hadapi 7 pertuduhan Akta Angkatan Tentera, isu dakwat kekal

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 FEB: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mejar Zaidi Ahmad berkata, beliau menerima Perintah Sidang semalam dan akan berhadapan pertuduhan di Kompleks Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada 7 Februari ini.

12364_630961973608383_385669783_nLima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

1537630_630959050275342_542796361_oKetika dihubungi Selangor Kini, Zaidi menjelaskan, beliau adalah Pegawai Memerintah No 12 Skuadron (pesawat F-5E), namun sudah dilucutkan jawatan.

Katanya, selepas membuat laporan polis berhubung dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan ketika hari pembuangan undi tidak kekal seperti yang sepatutnya.

Sehingga kini, beliau tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.

-NFN-