Categories
SELANGOR

Jangan sewakan lesen niaga kepada warga asing

KLANG 26 JAN: Masyarakat diminta tidak menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing kerana bakal menimbulkan masalah kepada pemilik itu sendiri kelak.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata, pemilik tanah dan premis diingatkan tidak membenarkan warga asing menggunakan aset dimiliki mereka bagi mengelakkan tindakan tegas daripada pihak majlis termasuk perobohan dan sitaan.

10940608_914593355238080_1892737456046295462_nKatanya, MPK tidak akan berkompromi terhadap isu peniaga asing dan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang dikenal pasti khususnya di kawasan ini.

Beliau berkata golongan peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengambil peluang dengan lesen yang dimiliki untuk memajukan diri dan keluarga.

“Ia boleh dilaksanakan dengan tidak hanya bergantung kepada sewa yang dibayar oleh orang lain termasuk warga asing yang berniaga di premis mereka,” katanya.

MPK baru-baru ini melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dalam Ops Bersih Penjaja Warga Asing di Jalan Papan, Pandamaran, Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.