Categories
SELANGOR

MB: Demo Datum, “Awak pasti mereka penduduk tempatan?”

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 JAN: Pembangunan Projek Datum Jelatek di Dato’ Keramat mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan tidak wujud isu perkauman seperti didakwa sesetengah pihak.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata PKNS terbuka menerima mengambil pandangan dan bantahan rakyat walaupun projek itu berjalan sejak tiga tahun lalu.

MALAY_DATUM JELATEK_PROTEST“Dasar Kerajaan Negeri, kita benarkan penduduk atau rakyat menghantar bantahan mereka sebelum sesuatu pembangunan itu dibuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Semalam, kira-kira 100 penduduk berarak ke tapak projek sebelum demonstrasi jalanan itu bertukar ganas apabila beberapa individu bertindak merobohkan dan memecahkan pagar penghalang di tapak projek.

Walaubagaimanapun, Mohamed Azmin mempersoalkan sama ada peserta demonstrasi itu adalah penduduk tempatan atau didalangi pihak berkentingan.

“Mereka (peserta demontrasi) itu siapa? Awak pasti mereka penduduk tempatan?

“Selain Encik Salleh (Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek) siapa lagi yang hadir?” katanya.
Projek Datum Jelatek dibangunkan DCI anak syarikat milik penuh PKNS menggabungkan kediaman, komersial, pejabat dan komponen runcit di jangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Dato’ Keramat.

Sehingga 14 Januari 2015, projek berkenaan mendapat sambutan baik dan setakat ini 1,097 bakal pembeli Bumiputera yang menunjukkan minat mendaftar, angka dicatatkan melebihi dari 674 unit disediakan.

Gambar: Ihsan The Malaysian Insider

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.