Categories
SELANGOR

Jawatankuasa penambahbaikan Unisel ditubuhkan

SHAH ALAM 30 JAN: Jawatankuasa Penambahbaikan Universiti Selangor (Unisel) ditubuhkan dianggotai pakar pendidikan meneliti isu dihadapi secara lebih khusus dan mencadangkan langkah penambahbaikan.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawatankuasa penambahbaikan itu membuat penilaian prestasi pegawai utama dan membuat penilaian program akademik Unisel.

Unisel-GrafikKatanya, jawatankuasa itu juga membuat penilaian penyelidikan dijalankan Unisel dengan melihat strategi korporat, pengurusan kewangan dan governans universiti itu.

“Ia juga akan membuat kajian kemudahan prasarana sedia ada di Unisel,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan medianya.

Keanggotaan Jawatankuasa Penambahbaikan yang dicadangkan adalah bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Shaharir Mohamad Zain dan Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar, Profesor Datuk Ir Dr Hasan Basri.

Turut dicadangkan adalah bekas Timbalan Rektor (Akademik) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,  Datuk Dr Jamil Osman bekas Naib Canselor Universiti Malaya,Profesor Datuk Dr Anuar Zaini Md Zain dan ekas EXCO Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Dr Toh Kin Woon.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.