Categories
NASIONAL

Kak Wan lawat Tuan Guru Nik Aziz

SHAH ALAM, 24 JAN: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wad 2 Delima Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, hari ini.

Memetik Sinar Harian, Wan Azizah yang tiba jam 9.40 pagi diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir dilihat meluangkan masa kira-kira satu jam di wad berkenaan.

azizahKehadiran Wan Azizah disambut isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang turut menjelaskan serba sedikit perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Sementara itu, Wan Azizah di dalam akaun Facebook beliau turut menyatakan perasaan bersyukur kerana berkesempatan meluangkan masa menziarahi Nik Aziz.

“Alhamdulillah..selamat tiba di Kelantan. Sekarang ini Kak Wan di HUSM, bertemu dengan isteri Tok Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak..Kak Wan hadiahkan beliau madu kelulut dari Kajang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.