Categories
SELANGOR

MPSJ sedia RM257,000 tambah 78 parkir di Jalan SS14/2

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 24 JAN: Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan peruntukan RM257,000 bagi melakukan menambah 78 parkir di kawasan komersial Jalan SS 14/2.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara kaedah digunakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah dengan melebar sebahagian ruang parkir daripada ‘side parking’ kepada ‘angle parking’.

mpsjKatanya, sebelum ini hanya terdapat 116 parkir dan tambahan parkir terbaru menjadikan jumlah keseluruhan parkir kini sebanyak 194.

“Tambahan parkir sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada peniaga dan pelanggan di kawasan ini yang mengalami ruang parkir terhad.

“Sebelum ini, mereka terpaksa berebut dengan pelajar kolej berhampiran yang meletakkan kenderaan di sini. Dengan pelaksanaan sistem parkir berkupon diharap masalah ini juga akan selesai,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hannah berkata, beliau mahu parkir bertingkat dibina sebagai alternatif kepada isu kekurangan lot parkir terutama di kawasan komersial SS 15.

hannah“Yang Di Pertua MPSJ nampaknya lebih proaktif dan akan cuba meminta kerjasama daripada kolej yang ada untuk memberi sumbangan memandangkan kos yang diperlukan mencecah jutaan ringgit.

“Kemudahan ini juga untuk memudahkan pelajar kolej yang kebanyakannya membawa kenderaan ke kampus dan mereka kekurangan tempat meletak kenderaan,” katanya.

Mengikut rekod, sekurang-kurangnya terdapat tiga kolej swasta di SS 15 iaitu Inti College, Metropolitan College dan Taylor’s College.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.