Categories
NASIONAL

Muslimat PAS sayu kenang jasa Nik Aziz

SHAH ALAM, 3 JUN: Montaj ‘Murobbi Ummah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat’ menyentuh hati 756 perwakilan yang menghadiri Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS Ke-55, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Montaj pembukaan berdurasi 11 minit itu mengimbau perjalanan kepimpinan Nik Aziz ketika bersama parti sehingga kembali ke rahmatullah pada 12 Februari lalu.

imageMmeetik Harakah Daily, majoriti perwakilan dilihat menitiskan air mata ketika ungkapan dan pesanan Nik Aziz ditayangkan.

Persidangan itu dihadiri 1,100 perwakilan dan pemerhati yang turut dihadiri beberapa pimpinan PAS antaranya Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Muktamar yang disempurnakan Mohamad Sabu dengan tema ‘Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan’ itu juga dihadiri Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia, Saraswathy dan isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Shamshidar Taharin.

Categories
SELANGOR

MB: TGNA rapatkan saf kepimpinan Pakatan

Oleh: AFIX REDZUAN

KOTA BHARU, 13 FEB: Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi makna besar kepada lanskap politik negara terutama dalam penyatuan parti pembangkang sejak penubuhan Barisan Alternatif (BA) sehingga menjadi Pakatan Rakyat (PR).

Hal itu termasuk falsafah politik beliau yang mengamalkan kesederhanaan dan integriti yang baik sepanjang memerintah.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pemergian mantan Menteri Besar Kelantan itu kehilangan yang cukup besar bukan sahaja kepada PAS dan umat Islam tetapi untuk negara serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

karpal_nikaziz2Katanya, Nik Aziz satu-satunya ulama dan sarjana Islam yang mempamerkan ciri kepimpinan yang mulia dan terpuji serta mengambil pendekatan sederhana dalam tindakan juga perjuangannya.

“Sebab itu beliau disenangi dan dihormati bukan sahaja oleh umat Islam tetapi rakyat pelbagai kaum dan agama kerana melihat kepimpinannya yang cukup adil juga saksama serta memiliki akhlak mulia yang menjadi contoh generasi kini.

“Peranan paling penting beliau apabila berjaya memperkukuhkan Barisan Alternatif kemudiannya PR, sejak tahun 1998.

azmin“Peranan beliau cukup besar dalam merapatkan hubungan dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga kita berjaya mencatatkan prestasi membanggakan dalam beberapa pilihan raya lalu,” katanya kepada Selangor Kini.

Nik Aziz, 84, meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sebelum melepaskan jawatan akibat faktor kesihatan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

‘Budak suruhan’ sebak pemergian Tok Guru Nik Aziz

Oleh: AFIX REDZUAN

KOTA BHARU, 13 FEB: Pemergian Allahyarham Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Exco Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa.

Sejurus pengebumian selesai, air mata berjujuran mengalir di pipi Husam sambil bersandar di sebatang pokok kerana tidak mampu menahan sebak atas pemergian Nik Aziz yang selama ini dianggap sebagai seorang bapa, guru dan kawan.

Dengan nada hiba dan sayu, Husam mengakui tenang apabila insan yang digelar ‘Tok Guru Nik Aziz’ pergi dalam keadaan yang sangat indah dan mengharapkan pengakhiran hayat beliau juga seperti idolanya itu.

IMG_5908“Malam tadi saya ada di rumah beliau saat Tok Guru Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir. Walaupun kami sudah tidak berbual sejak sebulan dua lalu tetapi daripada kerdipan mata dan cara memandang, saya faham kasih dia kepada saya juga kasih saya kepada dia.

“Saya lebih hiba bila Allah SWT mengambil beliau pada malam Jumaat, bagi orang Islam ia adalah malam yang sangat berkat dan mulia.

“Ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kasih sayang rakyat jelata juga tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Allah mengambil Tok Guru Nik Aziz dalam keadaan rakyat menumpahkan kasih. Kita boleh lihat bagaimana orang berpusu-pusu, bacaan Al-Quran berkumandang sejak malam tadi sehingga hari ini.

“Ia adalah satu anugerah Allah, malaikat, penghuni bumi dan langit kepada seorang pemimpin. Saya berbahagia mempunyai seorang pemimpin yang diterima Allah SWT dengan penghormatan seperti ini,” katanya yang menahan sebak ketika ditemui wartawan.

husamKetika ditanya berkenaan pengalaman manis sepanjang berkhidmat di sisi Nik Abdul Aziz, beliau berkata, pengalaman pahit lebih banyak daripada pengalaman manis.

Husam berkata, beliau adalah ‘budak suruhan’ yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit.

Katanya, falsafah politik yang diamalkan Mursyidul Am PAS itu lebih terarah kepada politik kepelbagaian kaum berlandaskan Islam.

“Saya lebih banyak bertugas sebagai budak suruhan beliau untuk menyelesaikan masalah berbangkit dengan pihak istana, mahkamah dan parti lain.

“Tanggungjawab itu membimbing saya supaya lebih matang memahami falsafah politik dan dakwah beliau. Apa yang ditekankan adalah politik kepelbagaian kaum iaitu Malaysia mesti didekati dengan Islam dalam konteks majmuk.

“Ini adalah satu perkara penting yang perlu diwarisi PAS dan generasi muda,” katanya.

Husam antara Exco senior yang berkhidmat bersama Nik Abdul Aziz sepanjang beliau bergelar Menteri Besar Kelantan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tian Chua: Nik Aziz pemecah persepsi negatif terhadap Islam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 13 FEB: Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah ulama, ahli politik dan ketua sebuah Kerajaan Negeri yang berjaya membawa dimensi baru di mata masyarakat bukan Islam negara ini.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, hal itu berikutan pendekatan adil, saksama dan layanan Allahyarham terhadap masyarakat di Kelantan tanpa mengira kaum memberi contoh yang wajar diikuti pemimpin lain.

nik aziz speech 02“Dia seorang ulama, ahli politik, bapa dan negarawan. Dia menunjukkan kepada kita contoh pemimpin sebenar dan antara pencapaian beliau lebih 20 tahun mentadbir Kelantan apabila berjaya memecahkan tanggapan sempit terhadap parti Islam.

“Dia juga berjaya menunjukkan pemerintahan Islam yang dibawa partinya boleh melayani semua penganut pelbagai agama dengan adil,” katanya selepas menjadi panelis ‘Anwar Dipenjara: Masa Depan Politik Malaysia’ di bangunan @Kini, di sini, malam tadi.

Tian Chua berkata, kehilangan itu memberi inspirasi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk memperkukuhkan lagi kesepakatan tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP.

“Pemergiannya yang hanya beberapa hari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara amat menyedihkan tetapi meraka ini memberikan inspirasi dan menjadikan kami semakin bersemangat untuk bekerja lebih keras,” katanya.

Tian ChuaKatanya, Allahyarham juga adalah individu bertanggungjawab memberi dorongan kepada beliau untuk menyertai parti politik ketika era reformasi 2008.

“Saya amat berterima kasih kepada beliau dan percaya rakyat Malaysia turut bersedih atas pemergiannya tetapi apa yang penting semangat, keberanian serta kebijaksanaan Tok Guru akan kekal abadi bersama kita,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Forum Malaysia Kini umum pemergian Nik Aziz

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 FEB: Forum Anwar Dipenjara: Masa depan politik Malaysia yang berlangsung di pejabat Malaysia Kini dihentikan beberapa minit selepas moderator, Fathi Aris Omar mengumumkan mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

karpal_nikaziz2“Ini suatu berita menyedihkan, saya dimaklumkan, Datuk Nik Aziz meninggal dunia.

“Kita hentikan sebentar untuk membaca Al-Fatihah dan bukan Islam boleh bertafakur,” katanya.

Pengumuman menyedihkan itu amat mengejutkan audien yang menghadiri forum terbabit.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kak Wan lawat Tuan Guru Nik Aziz

SHAH ALAM, 24 JAN: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wad 2 Delima Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, hari ini.

Memetik Sinar Harian, Wan Azizah yang tiba jam 9.40 pagi diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir dilihat meluangkan masa kira-kira satu jam di wad berkenaan.

azizahKehadiran Wan Azizah disambut isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang turut menjelaskan serba sedikit perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Sementara itu, Wan Azizah di dalam akaun Facebook beliau turut menyatakan perasaan bersyukur kerana berkesempatan meluangkan masa menziarahi Nik Aziz.

“Alhamdulillah..selamat tiba di Kelantan. Sekarang ini Kak Wan di HUSM, bertemu dengan isteri Tok Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak..Kak Wan hadiahkan beliau madu kelulut dari Kajang,” katanya.

Categories
SELANGOR

Majlis Syura Ulama PAS tak berganjak, kekalkan Abdul Khalid jadi MB

SHAH ALAM, 10 OGOS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Tidak terima keputusan Majlis Syura Ulama PAS, itu dia punya pasal,” katanya yang dipetik Bernama.

nik aziz pc rasuah 01Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar tidak mempengaruhi parti itu dalam isu terbabit di kediamannya, semalam.

Pada masa sama, Nik Aziz berkata, pemecatan Abdul Khalid daripada PKR tidak ada kaitan dengan PAS.

“Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu. PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Majlis Syura Ulamak: Kekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor

Oleh: DATUK NIK AZIZ NIK MAT & DATUK DR HARON DIN
 
Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah “memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara” ,
Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:
“Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13.
Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.
Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .
# Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Al-Mursyidul Am, PAS dan Datuk Dr Haron Din adalah Timbalan Al-Mursyidul Am PAS
Categories
NASIONAL

Anwar pohon Nik Aziz doakan kesejahteraan, diberi kekuatan tumbangkan Umno-BN

KOTA BHARU 31 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendoakan kesejahteraan dirinya agar diberi kekuatan untuk bersama-sama seluruh pemimpin Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan BN.

Permintaan itu dibuat ketika bertemu Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka, Sabtu lalu.

nikAnwar menyifatkan pertemuan itu memberikan inspirasi, kekuatan dan semangat kepadanya bagi menghadapi fitnah dan konspirasi politik yang dihadapinya sejak sekian lama.

“Saya memohon jasa baik Tuan Guru supaya mendoakan kesejahteraan saya bagi menghadapi situasi saya kini,” ujar beliau dipetik Harakah Daily.

Anwar yang hadir di Kota Bharu dalam menjayakan siri ceramahnya berkesempatan bertemu dengan Nik Aziz ketika menunaikan solat Subuh berjemaah.

Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir, Adun Gucil, Mohd Roslan Puteh, Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR negeri, Muhammad Hisomuddin Bakar dan para pimpinan PKR negeri.

Anwar berkata, bayangan kuasa rejim BN yang hampir jatuh ekoran kebangkitan rakyat dan Pakatan Rakyat menjadi mimpi ngeri Umno dan BN.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu dilihat kukuh dan mampu meyakinkan seluruh rakyat bahawa ia bersedia mengambil alih kerajaan ekoran kegagalan ketara kerajaan BN sekarang menangani isu-isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Sementara itu, Nik Aziz begitu terharu dengan kunjungan Anwar malah terkilan kerana tidak dapat turut berceramah bersama Ketua Pembangkang itu kerana keuzuran.

Dalam tazkirahnya Nik Aziz berkata, pihak musuh tidak akan senang dengan perjuangan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan kekentalan jiwa Anwar yang tabah menghadapi fitnah dilemparkan para pemimpin Melayu sendiri akibat takut hilang kuasa.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Orang ramai dijemput hadiri Sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 24 Ogos

DSC_0105

SHAH ALAM 19 OGOS : Orang ramai dijemput untuk bersama-sama dalam Sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 24 Ogos (Sabtu) ini.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sambutan itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 malam

Turut dianjurkan serentak adalah Majlis Hari Raya Aildilfitri serta sambutan Ambang Merdeka.

Menurut Dr Ahmad, tema ‘Integriti’ dipilih supaya generasi muda menghayati prinsip itu dalam agenda perubahan nasional.

Tambah beliau, antara acara yang disusun nanti adalah penerangan isu berkenaan krisis di Mesir dan Solat Hajat untuk memohon keamanan di Mesir.

Turut diadakan sembang santai golongan belia bersama Mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga program khas bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita juga akan menganugerahkan anugerah Penggerak Belia Tempatan (Pebt) terbaik,” kata beliau.

Kata beliau, para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan bagi sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang akan disediakan oleh setiap pihak berkuasa tempatan.

“Disasarkan lebih 10,000 akan hadir dalam program ini dan diharapkan lebih daripada itu kerana pada tahun lepas lebih 50,000 hadir pada program kemuncak dalam program bersama Ustaz Azhar Idrus,” kata beliau.

Katanya, beberapa acara sukan akan diadakan seperti Paintball, Walk Hunt, Cycling Hunt, Basketball 3 0n 4, Klinik Bola Sepak, Pertandingan Pidato ‘Rasuah’, Pertandingan Catur Piala Exco Belia dan Sukan, Pertandingan Blast of the Band dan Pertandingan Dekorasi Cup Cake dan Kraft Fabrik Felt.

 

Categories
NASIONAL

Mat Sabu: Merdeka 55 Tahun Tetapi Pemerintahan Umno Tidak Matang

JENJAROM 7 SEPT : Corak pemerintahan Umno-BN dilihat semakin hari tidak menunjukkan kematangan dan berat sebelah walaupun sudah memerintah negara sekian lama.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata hal itu dapat dilihat daripada tindakan Umno-BN yang mempergunakan polis demi kepentingan politik mereka.

Beliau turut mempersoalkan tindakan polis yang bertindak pantas mengambil tindakan ke atas beberapa individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan ambang kemerdekaan baru-baru ini.

“Mengapa polis bertindak segera apabila gambar Najib dipijak? Dan kenapa polis tidak bertindak sebegitu apabila beberapa individu menunjuk punggung kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga?

“Begitu juga dengan gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang gambarnya dikencing serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menerima kek berbentuk najis.

“Banyak kes seperti itu melibatkan pembangkang tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada polis. Sekarang bila Umno-BN sudah terkena baru mereka rasa. Jika tidak suka orang buat jangan kita mulakan dulu,” katanya dalam ucapan di Ceramah Perdana, di Sungai Rambai, semalam.

Mat Sabu berkata polis perlu bersikap profesional dan adil dalam mengambil sebarang tindakan dalam insiden itu.

“Jika mahu bertindak, bertindaklah secara adil bukan mengikut telunjuk Umno-BN. Kalau mahu ambil tindakan ambil tindakan ke atas semua,” katanya.

Beliau menjelaskan, tindakan menunjuk punggung dan memijak gambar Najib itu bukannya arahan atau idea daripada Pakatan Rakyat (PR).

Malah PR juga tidak berniat untuk menukar bendera Malaysia seperti yang dilakukan oleh beberapa individu yang membawa bendera Sang Saka pada sambutan yang sama.

“Kami sama sekali tidak setuju perkara itu berlaku, jika marah sekalipun perkara itu tidak seharusnya dilakukan. Ia tidak menggambarkan amalan kita,” katanya.