Categories
SELANGOR

MB: Pastikan suis lampu ditutup sebelum keluar pejabat

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 JAN: Penjawat awam diingatkan agar berjimat dengan memastikan peralatan elektrik tidak diguna dimatikan sebelum keluar pejabat bagi mengelakkan pembaziran.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata walaupun usaha itu kecil, tetapi ia memberi kesan penjimatan menyeluruh dalam perbelanjaan mengurus.

Perhimpunan Bulanan SUK-MB (9)Katanya, beliau mahu keterlibatan semua menjayakan kempen penjimatan penggunaan utiliti dalam perkhidmatan di setiap jabatan.

“Buatlah, walaupun dalam kadar kecil untuk membantu menyumbang kepada penjimatan,” katanya dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan, di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Kempen ‘Saya Mula’ digerakkan di setiap jabatan kerajaan mendidik penjawat awam berjimat menggunakan elektrik, air dan telekomunikasi ketika bertugas.

Katanya, setiap jabatan perlu meneroka teknik dan teknologi baru memaksimakan produktiviti.

“Selangor mempunyai pentadbiran awam cekap dan saban tahun muncul negeri termaju dan penyumbang utama kepada KDNK negara.

“Kita jangan leka, cabaran hari ini semakin besar dan kita tidak boleh berkompromi dengan ketidakcekapan dalam pentadbiran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.