Categories
SELANGOR

MB: Tidak perlu semak Belanjawan 2015, persiapan awal sudah diambil

Oleh: NAEEM RAFFI

IJOK, 22 JAN : Penstrukturan semula Belanjawan Selangor 2015 tidak perlu kerana belanjawan defisit dilaksanakan mampu mendepani cabaran ekonomi semasa.

Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya daripada awal bersiap sedia mendepani kemungkinan berlakunya kejatuhan ekonomi dengan keputusan meningkatkan belanja pembangunan mengatasi belanja pengurusan.

belanjawan (1)“Pada ketika ini, kita merasakan tidak ada keperluan untuk menyemak belanjawan Selangor kerana kita daripada awal telah menghidu kemungkinan kelembapan ekonomi akan berlaku pada tahun ini dan mengambil langkah menanganinya.

“Sebab itu kita mengumumkan secara jujur bajet defisit Selangor yang tertumpu kepada soal pembangunan dengan kurang belanja mengurus tumpu belanja pembangunan kerana kita mahu usaha ini mampu menangani kegawatan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian pecah tanah Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 5, Kota Puteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Selangor juga tidak akan mengabaikan golongan berpendapatan rendah dan kelas menengah dalam mengharungi cabaran ekonomi yang dijangka semakin menekan.

“Dalam situasi ini, kita tidak akan lupakan mereka sebab itu kita teruskan program peduli rakyat seperti Mimbar dan Skimsel dengan peruntukkan RM100 juta.

“Ini juga adalah langkah ringan beban mereka akibat pelaksanaan GST,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.