Categories
SELANGOR

MBSA berterusan bantu mangsa banjir

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menghantar konvoi bantuan kemanusiaan untuk kali ketiga selepas dua delegasi berlepas sebelum ini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, pasukan konvoi dihantar bagi melaksanakan kerja pasca banjir iaitu pembersihan di Gua Musang, Kelantan.

MBSAKatanya, bantuan juga dihantar bagi meringankan beban mangsa banjir yang mengalami kerugian serta kerosakan teruk pada harta benda mereka.

“MBSA prihatin terhadap penderitaan dan kepayahan menimpa mangsa banjir dan berasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan.

“Bantuan dihulurkan dapat meringan penduduk sekitar dan memberi harapan kepada mereka serta mengembalikan semangat,” katanya.

Pasukan ketiga itu diketuai Pengurus Cawangan Pejabat Setia Alam, Khalidon Harun dan disertai 47 anggota daripada pelbagai jabatan.

Konvoi kali ini dilepaskan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad
dan melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda.

Sementara itu, keperluan logistik lain seperti lori Roll-On-Roll-Off (RORO) dan jengkaut masih berada di Gua Musang untuk kerja pembersihan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.