Categories
SELANGOR

MBSA peruntuk RM2.7 juta sedia HAB

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JAN: Peruntukan sebanyak RM2.7 juta disediakan bagi pembangunan projek Hentian Akhir Bandar (HAB) di Seksyen 19.

Datuk Bandar, Datuk Zaharin Mohd Saad berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited menaik taraf pengangkutan awam.

MBSA“Projek lain yang diteruskan termasuk menaik taraf terminal bas di Seksyen 17 dan pembinaan pasar pagi di Taman Seri Muda,” katanya baru-baru ini.

Projek HAB akan memberi kemudahan pengguna pengangkutan awam untuk mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi serta diintegrasikan dengan stesen komuter sedia ada.

Sementara itu, sejumlah RM500,000 diperuntukkan bagi pembelian sebuah bas komuniti untuk kemudahan warga Shah Alam.

“Selain pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan penguatkuasaan, kita juga memberi tumpuan kepada aspek pembangunan fizikal termasuk kemudahan dan infrastruktur awam.

“Langkah ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat terbela,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.