Categories
SELANGOR

Menteri: Paras air empangan Selangor memuaskan

SHAH ALAM 26 JAN: Kapasiti air di beberapa empangan sekitar Selangor kini berada pada tahap memuaskan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata secara positif beliau menjangkakan walaupun cuaca panas dan kering bermula, tahap bekalan air bersih pada tahun ini lebih baik berbanding tempoh sama tahun lepas.

empangan-selangor-sept-3“Empangan Sungai Selangor berada pada bacaan 80%, Empangan Sungai Tinggi sekitar 70%, Empangan Klang Gate dianggap 100% dan Empangan Sungai Langat juga pada paras menghampiri 100%.

“Jadi berdasarkan kepada keseluruhan air mentah dari disebutkan, kita yakin (bekalan air bersih) kita boleh berada dalam keadaan lebih baik berbanding tahun lepas,” katanya dipetik Bernama.

Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan, antara Februari dan April tahun lepas, ekoran kekurangan bekalan air akibat cuaca panas dan kering.

Mahdzir berkata pihaknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemantauan rapi terhadap paras semua empangan dan sungai di negara ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah serta tidak melakukan pembaziran walaupun bekalan air setakat ini masih stabil.

Gambar: Hiasan

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.