Categories
NASIONAL

Muhyiddin & Naib Canselor UM perlu letak jawatan, gagal kekang campur tangan politik

SHAH ALAM, 24 JAN: Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Amin Jalaluddin harus melepaskan jawatan kerana gagal mempertahankan kakitangan kampus itu kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lim berkata, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu melepaskan jawatan kerana kementeriannya campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti.

Lim Kit Siang white 01Lim mengulas isu dua timbalan naib canselor UM yang dilaporkan tidak disambung tugas selepas didakwa tidak menyokong parti pemerintah dan terlalu berlembut dengan mahasiswa.

Mereka adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Rohana Yusof.

“Jika ada individu yang perlu melepaskan jawatan, mereka adalah Muhyiddin Yassin kerana campur tangan politik diteruskan terhadap kebebasan akademik dan kecemerlangan di UM.

“Mohd Amin gagal mempertahankan kakitangan akademik dan pelajar UM terhadap campur tangan politik itu oleh ahli politik dari Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Malaysia Kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.