Categories
SELANGOR

Patut 3 kali seminggu kutip sampah

Oleh: AFIX REDZUAN

BANDAR BARU BANGI, 22 JAN: Jadual perkhidmatan kutipan sampah di kawasan Bangi masih belum memuaskan memandangkan terdapat kontraktor bertanggungjawab gagal memenuhi prosedur ditetapkan.

Adun Bangi, Shafie Ngah berkata sampah sepatutnya dikutip tiga kali seminggu namun terdapat syarikat yang hanya mengutip sampah dua kali sahaja.

Masalah SampahKatanya, keadaan itu merencatkan program ‘Bangi Bersih’ seperti dirancang.

“Syarikat mengutip sampah dua kali seminggu ini perlu diberikan peringatan keras supaya mereka meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Kalau tidak kita minta mereka ditukarkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi memastikan perkara itu diberikan perhatian, beliau akan bertemu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memberikan fokus kepada premis perniagaan serta kesedaran awam menjaga kebersihan.

Selain itu, kesedaran mengenai pengasingan sampah dan sikap tidak membuang sisa makanan ke dalam longkang diberikan perhatian.

Katanya, beliau juga akan memberikan tumpuan membaiki kerosakan kritikal dua buah jalan di Putra Kajang dan Bukit Mahkota.

“Dua jalan ini dilaporkan telah rosak lebih setahun lalu dan beliau telah menulis surat khas kepada Dato’ Menteri Besar untuk tindakan lanjut,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.