Categories
SELANGOR

Pemaju wajib bayar premium, langkah bijak Selangor lindungi rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 JAN: Tindakan Kerajaan Selangor mewajibkan bayaran premium oleh pemaju amat dialukan rakyat negeri itu kerana tindakan berkenaan dilihat menjaga hak pembeli.

Pekerja swasta, Norliana Abdul Kadir 31, berkata, syarat yang ditetapkan itu mampu memastikan hak milik pembeli rumah terjamin dan tidak terabai seperti dalam kebanyakan kes sebelum ini.

20141115_103658Katanya, langkah Kerajaan Negeri itu juga menunjukkan pentadbiran di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali peduli dan mementingkan rakyat.

“Bagus apabila Kerajaan Negeri tahu menggunakan bidang kuasanya dalam isu perumahan di Selangor. Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa kepada pemaju yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mengumumkan dasar baru iaitu pemaju atau tuan tanah tidak akan dibenarkan memulakan kerja di tapak sehingga mereka menyelesaikan pembayaran premium ke atas tanah berkenaan.

Bersetuju dengan langkah berkenaan, pemilik kedai, Taufik Saliman 28, memuji komitmen Kerajaan Selangor memperjuangkan hak perumahan rakyat.

rumah mampu milik sutera damansara 01“Kita dapat lihat sendiri isu perumahan antara agenda penting Kerajaan Selangor dalam belanjawan, baru-baru ini.

Syabas kerana sudah buktikan mereka bukan sekadar cakap kosong tetapi mampu melaksanakannnya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.