Categories
SELANGOR

Penduduk tempatan berminat miliki hartanah Datum Jelatek

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Pembangunan Datum Jelatek di Taman Keramat, di sini, mendapat sambutan pembeli termasuk warga Keramat sendiri yang berminat untuk memiliki hartanah berkenaan.

Ketua Eksekutif Perancangan Projek DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp), Ahmad Zaidee Leham berkata, perkembangan itu adalah memberangsangkan dan petanda pembangunan berkenaan mendapat sokongan termasuk daripada majoriti penduduk setempat.

Datum Jelatek“Daripada analisis dibuat, 17 peratus bakal pembeli yang berdaftar datang dari Keramat sendiri.

“Ia terdiri daripada 1,097 bumiputera yang disenarai pendek berbanding tawaran 674 unit disediakan, setakat 14 Januari lalu,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Ahmad Zaidee berkata, jumlah terbabit berdasarkan latar belakang kewangan, umur, keluarga dan kemampuan untuk membayar semula rumah dibeli.

Katanya, dengan itu tidak timbul isu pemilikan bangsa asing kerana catatan terbabit membuktikan kemampuan bumiputera selain melebihi kuota ditetapkan.

“Pembangunan dibuat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui DatumCorp ini adalah ikonik dalam kadar boleh dimiliki masyarakat bumiputera.

“Tidak benar dakwaan mengatakan pemaju cuba meminggirkan bumiputera kerana kita menyediakan rumah mampu dimiliki golongan ini,” katanya.

Datum JelatekBeliau berkata, penyediaan ruang komersial juga dikendalikan sepenuhnya PKNS melalui PKNS Real Estate (PREC) dengan keutamaan penyertaan bumiputera dengan 200 peniaga disasarkan melalui Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS.

Katanya, PKNS akan membuka ruang kepada warga Keramat terlebih dahulu bagi mengisi kuota disediakan di kawasan komersial berkenaan.

“PKNS terbabit dalam belanja pengurusanĀ  kira-kira RM100 juta untuk pembelian tanah dan bayaran premium kepada Kerajaan Negeri.

“Dengan keuntungan diraih daripada projek ini, PKNS akan melaksanakan pembinaan rumah mampuĀ  milik di kawasan lain iaitu 31,000 unit akan dibina seperti di Kota Puteri, Antara Gapi, Bernam Jaya dan kawasan lain, menjelang 2020,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.