Categories
SELANGOR

Penduduk Keramat tak iktiraf Badan Bertindak Datum Jelatek

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Majoriti penduduk Taman Keramat dan sekitarnya tidak mengiktiraf Badan Bertindak Datum Jelatek yang ditubuhkan pihak tertentu bagi membantah projek dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di kawasan berkenaan.

Penduduk, Ismail Ibrahim, 52, berkata beliau sendiri tidak mengetahui berkenaan pertubuhan itu dan menganggap ia membelakangkan penduduk setempat yang mahukan pembangunan.

Katanya, dakwaan Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad, bahawa beliau mewakili sebahagian besar penduduk juga tidak boleh diterima kerana kebanyakan yang hadir dalam demonstrasi itu adalah orang luar.

Datum Jelatek“Kami penduduk tidak pernah melantik beliau sebagai wakil dalam hal ini. Saya sendiri tidak tahu berkenaan pertubuhan itu.

“Dari segi undang-undang, saya tak tahu kedudukan mereka. Saya rasa ia pertubuhan haram,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, andaian yang boleh dibuat hanya lebih kurang 10 peratus penduduk tempatan yang turut serta dalam demonstrasi itu.

Ismail berkata, pembinaan rumah mampu milik tidak lagi sesuai di Taman Keramat dan penduduk harus memikirkan kemajuan masa hadapan.

“Saya tak nampak kesesuaiannya, kita harus lebih maju. Rumah kami sendiri bertaraf tak mampu milik, buat apa nak minta pembangunan yang merendahkan diri.

datumjelatek02“Saya tidak menyokong atau membantah projek Datum Jelatek ini, tetapi apabila peluang datang mengapa dihalang, mungkin ada ruang untuk meraih peluang niaga di situ,” katanya.

Dr Ted Adzelan, 50, berkata penduduk menumpang tuah pembangunan Datum Jelatek melalui anak syarikat PKNS, DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) kerana nilai hartanah meningkat berlipat ganda.

“Datum Jelatek naik sahaja, hartanah yang kita ada akan naik tiga kali ganda daripada sekarang. Keramat sudah tiba masanya untuk diurbanisasikan dan projek ini sangat menarik,” katanya.

Faridah Khaidir Khan, 69, berkata sebagai penduduk asal Keramat, beliau menginginkan pembangunan itu diwarisi generasi akan datang dan menikmati hidup lebih maju serta berkualiti.

“Kalau buat rumah mampu milik, memang orang kita boleh beli empat atau lima tetapi disewakan kepada pendatang asing.

“Pemilik tidak akan tinggal di situ kerana mereka sudah maju dan berkerjaya. Maka, pembangunan ini tepat dan sesuai. Hanya mereka yang tidak faham sahaja membantah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.