Categories
NASIONAL

Perjalanan luar negara, Permata patut dikurangkan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JAN: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terus berbelanja boros walaupun sudah berkali diingatkan lebih berjimat cermat dalam membelanjakan dana kerajaan.

Keadaan itu bertambah buruk apabila keadaan ekonomi pada 2015 dijangka lembab ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit dan harga minyak.

rosmah-permata-2Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berkata, Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan perjalanan ke luar negara adalah antara beberapa isu yang sudah banyak kali disentuh Ahli Parlimen.

“Dah letih kami tegur. Sepatutnya perbelanjaan JPM, Permata dan perjalanan ke luar negara perlu dikurangkan tetapi nampaknya tak ada kesan, masih berbelanja besar walaupun ekonomi lembab.

“Saya harap rombakan belanjawan yang disebut Perdana Menteri akan kaji tiga isu yang saya sebutkan tadi,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Beliau berkata, tambah mengecewakan kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan menekan rakyat dengan mengenakan cukai termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatam (GST) bagi menampung pembaziran mereka.

“Mereka wajar lebih bertanggungjawab, jangan hanya mengalihkan beban akibat kelemahan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.