Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri periksa nelayan secara berkala, nilai keberkesanan bantuan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 JAN: Golongan nelayan yang benar-benar layak akan menerima bantuan peralatan atau kewangan daripada Kerajaan Negeri untuk menambah hasil pendapatan, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri fokus untuk memberi bantuan kepada golongan nelayan berpendapatan rendah berdasarkan kerjasama daripada agensi kerajaan dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN).

nelayanBeliau berkata, pemeriksaan secara berkala juga akan dijalankan terhadap golongan terbabit bagi menilai sejauh mana keberkesanan pemberian bantuan berkenaan kepada mereka.

“Objektif penilaian ini adalah untuk melihat sejauh mana peningkatan hasil nelayan kerana kita tidak mahu membuat andaian hasil mereka meningkat.

“Dengan laporan yang kita terima daripada Jabatan Perikanan dan pejabat Adun, maka kita boleh menggiatkan lagi bantuan ini melalui kriteria pemilihan tertentu untuk membuktikan kita berada di landasan betul,” katanya kepada Selangor Kini.

Zaidy berkata, jika bantuan yang diberikan itu membuahkan hasil kepada nelayan, maka ia akan diperluaskan kepada golongan lain yang lebih memerlukan.

YB Zaidy sampaikan sumbangan bot dan enjin kepada nelayan (7)Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan insiden sama berulang lagi seperti tahun sebelumnya dan bantuan itu diberikan kepada golongan tidak sepatutnya.

“Kita mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk kenal pasti orang yang sememangnya memerlukan dan bukannya beri kepada mereka yang tidak layak,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.