Categories
SELANGOR

Peserta Skimsel kumpul RM6,750 bantu mangsa banjir

Oleh : NAEEM RAFFI

MERU, 23 JAN: Sejumlah RM6,750 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan 11,100 peserta Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel) serata Selangor bagi bantuan pasca banjir yang melanda negeri di Pantai Timur.

Sumbangan diserahkan kepada Pengerusi SKIMSEL, Dr Abd Rani Osman di Anjung Rakyat, Meru di sini hari ini.

_MG_1711Abd Rani berkata bantuan itu akan disampaikan kepada mangsa banjir menerusi Yayasan Aman Malaysia yang dijangka bertolak ke pantai timur, malam ini.

“Kita mengenalpasti beberapa wilayah di Kelantan dan Pahang yang masih memerlukan bantuan dan maklumat diterima, keperluan utama adalah makanan berbanding pakaian,” katanya kepada Selangor Kini.

Selain bantuan kewangan, para peserta Skimsel (Sadiq) turut menyumbang barangan keperluan seperti beras, biskut, air mineral, mee segera dan pakaian.

Manakala, sebahagian daripada duit yang terkumpul akan digunakan untuk membeli keperluan persekolahan seperti uniform dan beg sekolah kepada anak-anak mangsa banjir yang terlibat.

Abd Rani menambah, walaupun misi ini dirancang dalam tempoh singkat, sambutan dan keprihatinan ditonjolkan Sadiq membanggakan.

“Pihak pengurusan tidak meletakkan syarat wajib menyumbang, tetapi sambutan yang kami terima membanggakan apabila Sadiq di setiap zon menyumbang barangan keperluan dan menghulurkan bantuan kewangan,” katanya.

Skimsel merupakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) beroperasi sejak Ogos 2010 bagi meningkatkan taraf ekonomi golongan miskin luar bandar.

Untuk tujuan itu, Skimsel menawarkan Skim Pembiayaan Mikro, Skim Penggalakan Simpanan Tabungan dan Skim Pembangunan Potensi Manusia bagi membantu golongan miskin memperolehi modal bagi memulakan perniagaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.