Categories
SELANGOR

Rombak FAS tak selesai masalah, halatuju dan kerjasama diperlukan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 JAN: Merombak jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semata-mata tidak menjanjikan kejayaan mudah pasukan bola sepak Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari berkata perancangan rapi dan kerjasama berpasukan diperlukan bagi membawa membawa hala tuju baru pasukan.

fas_logo“Saya nak beritahu awal-awal bahawa setiap perubahan itu tidak berlaku serta- merta tetapi ikut proses sepatutnya.

“Dato’ Menteri Besar dan saya bersetuju apa yang penting pasukan kita dapat bertanding dalam liga dengan baik dan kemudian barulah pastikan program pembangunan.

Katanya, perubahan bukan hanya menukar beberapa individu dalam pengurusan malahan perlu ditekankan adalah hala tuju program dan pelaksanaan sistem pengurusan berkesan.

FAS turut akan menyelesaikan isu pengurusan serta memberikan penumpuan kepada pas bermusim dan pembangunan bola sepak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.